Thursday, 5 May 2016
Dakwah adalah amal Kemudian bersabar.
Menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang berada atas jalan tarbiah ini, untuk tahu segala-galanya tentang dakwah dalam tempoh yang singkat. Kalau boleh ingin tahu semua tafsir dan fiqh dakwah dalam satu dauroh.
Lebih-lebih lagi ada sesetengah daripada kita yang terlebih memberatkan aspek tsaqafah dalam tarbiah yang dilalui.
Jika kita lihat pengalaman yang dilalui para sahabat bersama murabbi mereka iaitu Rasulullah S.A.W, akan ada jawapan yang kita cari-cari itu. Ayat Al-Quran tidak turun semuanya dalam satu hari. Sebaliknya, turun secara berperingkat-peringkat, mengikut keadaan sahabat dan situasi dakwah ketika itu.Setelah hampir 23 tahun, barulah selesai semuanya.
Yang penting bukan menghafal Al-Quran itu, tapi amal berdasarkan apa yang difahami.
Di sini juga perlu ditekankan sifat sabar dalam tarbiah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar” ” 2:153
Tanpa sabar, kita mungkin telah lama meninggalkan jalan dakwah yang tak pernah sunyi dari ujian – baik masalah kewangan,hilang kawan-kawan lama, hinggalah berlaku juga keretakan ukhuwah.
Dulu kita nampak dakwah ni macam ni caranya…tapi lepas beberapa tahun nampak dari sudut lain pula. Tahun-tahun tarbiah yang dilalui meningkatkan kefahaman fiqh dakwah kita. Asasnya…bersabar. Pastikan kita terus berada dalam kafilah dakwah walau apa pun yang berlaku.
Beramal dan bersabarlah..InsyaAllah, tarbiah itu manis buat kita. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment